Dominan (drama 1997)

Dominan adalah sebuah drama / filem untuk televisyen yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1997. Ia diterbitkan oleh Kuasatek Pictures dan ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Mohd Nor Kadir dan diarahkan oleh Khir Mohd Nor. Drama ini menggandingkan dua pelakon handalan iaitu Sidi Oraza dan Azizah Mahzan. Ia mengisahkan kehidupan Tan Sri Lokman Hakim (Sidi) yang hidup sebagai tokoh korporat yang tidak mendedahkan identiti dirinya. Sementara itu, di dunia yang sederhana, Lokman merahsiakan identiti dirinya sejak mula berkahwin dengan Suraya (Aziah Mahzan). Sepanjang perkahwinan itu juga dia menghadapi masalah apabila dirinya dilihat tidak dominan berbanding isterinya. Isterinya pula gemar memperkecilkan dirinya. Suatu hari anaknya Lynn (Intan Azura) mula berminat untuk mencari tokoh korporat Tan Sri Lokmanmula mencari diri dan merahsiakan sesuatu daripada isteri dan anak-anaknya. Anak-anak dan isterinya mengesyaki Lokman mempunyai hubungan dengan Liza (Rina Khan).

Dominan (drama 1997)

Bahasa English
Malay
Disunting oleh Mat Bros
Pengarah Khir Mohd Nor
Penerbit Mohd Noor Kadir
Penulis Mohd Noor Kadir
Mula ditayangkan 1997
Sinematografi Najamul Haq
Tempoh tayangan 124 minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh Sidi Oraza
Azizah Mahzan
Rahim Jailani
Intan Azura
Ahmad Idham
Didie Alias
Arash Mohamad
Pengedar Kuasatek Pictures